Monday 9 December 2013

Selamat Datang Ke Laman Blog Prasekolah SK Tebing Tinggi

      



  Assalamualaikum....Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia



                                                                               

 Prasekolah SK Tebing Tinggi telah dibuka pada tahun 2012,oleh itu belum banyak maklumat yang dapat saya muatkan dalam blog ini.

Guru Prasekolah ialah Pn. Naqia Bte Apandi dan PPM ialah Pn. Azura Bte Hamdan.Kami masih lagi dalam proses menceriakan lagi kelas Prasekolah kami...walaupun pada bulan mac 2013 kelas kami digunakan sebagai tempat mengundi bagi Suruhanjaya Pilihanraya untuk penduduk-penduduk kampung Tebing Tinggi.Kami juga diberitahu kelas kami akan digunakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya setiap 5 tahun. Jadi setiap kali pilihanraya kami terpaksa mengosongkan kelas kami serta menanggalkan apa yang telah kami tampalkan pada dinding kelas.

Sekolah kami sekolah kurang murid(skm). Dari Prasekolah hingga Tahun 6 hanya 48 murid sahaja.Pada tahun ini murid Prasekolah seramai 9 orang sahaja.

Pada Hari Anugerah Kecemerlangan,murid Prasekolah telah membuat satu persembahan senamrobik Danza Koduro dan Hockey Pockey.

Sekian Terima Kasih.....

Jumpa Lagi......